Make your own free website on Tripod.com

...SELAMAT DATANG KE LAMAN PRINCE KHAIRI...
:: Sign in Email Yahoo
Yahoo! Email
:: Laman Cinderella
:: Pendidikan/Kerjaya
:: Mutiara Kata



kembara seorang sahaya

tidak sunyi diuji mehnahNya

terkadang kita alpa

hadapi segalanya dengan nafsu

yang bermaharajalela di jiwa

lupa bahawa nugrah iman

adalah nikmat yang tiada tara

pandangan mata menjadi buta

dek biasan dunia yang memperdaya

lorong kembara sahaya

yang luas bersulam nikmat sementara

menjadi pilihan

kerana...

tidak sanggup menempuh

lorong penuh sengsara

bertaburan onak duka

yang nyata punya nikmat

di hujung sana

kembara seorang sahaya

mendamba nur kasih dariNya

mengharap huluran maghfirah tanpa titik noktah

sebagai penyuluh perjalanan duka

agar tidak tersadung dek akar-akar dunia

yang berselirat merata

moga tidak terjatuh di lembah dusta

di kiri kanan kembara

ya Robbul izzati

padaMu ku pohon penjagaan dan panduan

yang tiada bertepi

moga kembaraku terarah

pada jalan yang haq

agar payung redhoMu

sentiasa meneduhkan perjalanan

sebagai seorang sahaya...

TUHAN DESTINASI CINTA


:: Mutiara Cinta Famly
Jangan simpan kata-kata cinta pada suami/isteri yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya

Anonymous
:: Tip PapanKekunci

Select all = [ctrl+a],
Copy = [ctrl+c],
Cut = [ctrl+x],
Paste = [ctrl+v]

TIP MENGENALI KESERASIAN BAKAL PASANGAN

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kita dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kita berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kita sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kita!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kita atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kita. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kita!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kita berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kita atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destinasi kebahagiaan kita...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kita menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kita merasa bosan... Inilah petanda bahawa kita berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kita dalam situasi apa pun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kita baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kita dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kita terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kita, dia tak peduli dengan masa lalu kita saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kita apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kita tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kita tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kita bangun tidur atau saat kita sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kita tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kita dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kita lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kita yang lain. Atau kita merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kita temukan!


Apakah kelapan petanda di atas telah kita temukan padanya?
Ini adalah sebahagian dari artikel dari komen pengirim.
Pihak kami tidak bertanggungjawab dengan isi kandungannya. Ambil yang jernih dan fikirkan kebaikan agama juga.
:: Carian

:: Info Agama

DARUL NU'MAN
EIDMUBARAK
Panduan Solat
Kisah & Tazkirah
Bicara Muslim
100 Kemusykilan Agama
Kemusykilan Agama II
Koleksi Nasihat Terpilih
Agama Dan Kemusykilan
Foto Kebesaran Ilahi">
:: Waktu Solat
Waktu Solah
Kuala Lumpur

27 Syaaban 1426
Subuh 5:44 AM
Syuruk 6:59 AM
Zohor 1:06 PM
Asar 4:14 PM
Maghrib 7:06 PM
Isyak 8:15 PM
:: Jam Online

:: Fasa Bulan Online


moon phase
 
:: Berita Online

BERITA HARIAN
HARIAN METRO
UTUSAN MALAYSIA
NEWS STRAIT TIMES
Laman Web Prince Khairi
© Hakcipta Terpelihara BlueStarUTM Sdn Bhd 2005 Made in: Kuantan, Pahang Tarikh Mula: 1 Oktober 2005
Powered by khairi Original Theme by yahoo.com